01 Ogos 2010

Naruto - Naruto : Chronicles of Wind Hurricane

Plot Cerita.

12 tahun sebelum peristiwa yang menjadi tumpuan dalam siri ini, seekor Musang Syaitan Berekor Sembilan (Kyūbi no Yōko/九尾の妖狐) menyerang kampung Konohagakure atau lebih dikenali sebagai Konoha. Kyūbi merupakan makhluk berekor sembilan yang kuat, di mana satu hayunan daripada salah satu ekornya mampu mengakibatkan tsunami dan meratakan gunung-ganang. Ia telah menyebabkan kejadian huru-hara dan mengakibatkan banyak kematian penduduk di kampung Konoha. Naum, kejadian itu terhenti apabila ketua yang memerintah Konoha iaitu Hokage Keempat mengalahkannya. Hokage Keempat telah mengorbankan diri untuk mengurung Kyūbi di dalam badan seorang bayi yang baru lahir. Apabaila jalan cerita semakin berkembang, di dapati bayi tersebut sebenarnya adalah anak kandung Hokage Keempat. Nama bayi tersebut adalah Naruto Uzumaki.

Satu perintah dibuat oleh Hokage Ketiga supaya penduduk kampung lain tidak boleh menyuarakan hal ini lagi, walaupun kepada anak mereka. Walau demikian, penduduk kampung masih mengenepikan Naruto seperti orang luar. Walaupun anak penduduk kampung tidak memahami sebab ibu bapa mereka membenci Naruto, mereka juga melayan Naruto seperti ibu bapa mereka dengan mengikut telunjuk perbuatan ibu bapa mereka. Akibatnya, Naruto membesar sebagai seorang anak yatim piatu yang tidak mempunyai kawan dan tidak dihargai. Dia tidak boleh memaksa orang berkawan dengannya, maka dia mencari perhatian dengan satu satunya cara yang dia tahu; melalui tipu helah dan kenakalan. Keadaan ini berubah apabila dia menamatkan pengajian di Akademi Ninja dengan mengunakan Teknik Pembahagi Bayang (多重影分身の術/Kage Bunshin no Jutsu), untuk menyelamatkan gurunya, Umino Iruka, daripada Mizuki.

Naruto mengekalkan satu keseimbangan antara drama dan komedi dengan aksi yang padat. Ia mengikuti perkembangan Naruto dan kawannya sebagai ninja, persahabatan antara mereka dan pengaruh latar belakang mereka terhadap perwatakan mereka. Naruto menjumpai dua kawan rapat dan rakan seperjuangan iaitu Uchiha Sasuke dan Haruno Sakura, dua genin seumur dengan Naruto dan membentuk Pasukan 7 di bawah bimbingan seorang sensei yang bernama Hatake Kakashi.

Naruto mementingkan perkembangan watak. Hampir kesemua peristiwa yang berlaku disebabkan keputusan, watak dan personaliti, sangat sedikit peristiwa berlaku kerana kebarangkalian rawak. Pada pertamanya, perkembangan watak Naruto, Sasuke dan Sakura. Kemudian, watak lain turut diperkembangkan, seperti Kakashi, Gai, Jiraiya, dan kawan-kawan Naruto yang lain.
Beberapa watak jahat juga muncul. Pertama Orochimaru yang inginkan badan Sasuke sebagai badan barunya, kerana Orochimaru boleh menukar badan. Kedua satu kumpulan yang dikenali sebagai Akatsuki mengejar Naruto, ataupun sebenarnya, musang berekor sembilan yang terkandung dalam Naruto.

Watak
  • Uzumaki Naruto (うずまきナルト) - watak utama siri manga/anime yang dipercayai mempunyai seekor roh musang syaitan berekor sembilan Kyuubi yang dikurung di dalam badannya oleh Hokage ke-4 (Yondaime). Merupakan anak kepada Hokage ke-4 dan seorang ninja wanita yang berasal dari Kampung Peralihan, Uzumaki Kushina. Seorang yang nakal dan lucu tetapi bersemangat tinggi serta tidak mudah mengaku kalah. Anak didik kepada salah seorang 3 Lagenda Sennin, Jiraiya (juga guru kepada Hokage ke-4). Haiwan seruannya ialah Gamabunta Raja Segala Katak dan anaknya, Gamakichi.
  • Uchiha Sasuke (うちはサスケ) - pelajar lelaki yang kacak dan digilai oleh Sakura dan Ino, pada mulanya dipandang oleh Naruto sebagai seorang pesaing tetapi lama-kelamaan menjadi kawan baiknya. Berketurunan Uchiha, hanya dia sahaja yang terselamat daripada pembunuhan beramai-ramai oleh abangnya. Sasuke menyimpan dendam terhadap abangnya, Uchiha Itachi. Memiliki teknik mata Sharingan. Anak didik atau lebih kepada salah seorang 3 Lagenda Sennin, Orochimaru. Haiwan seruannya adalah Manda, iaitu Raja Segala Ular.
  • Haruno Sakura (春野サクラ) - gadis yang menjadi tumpuan Naruto dan Rock Lee. Mahir dalam mengawal chakra dan mempunyai tumbukan yang amat kuat. Anak didik kepada salah seorang 3 Lagenda Sennin, Tsunade yang telah menjadi Hokage ke-5 (Godaime).
  • Yamanaka Ino (山中いの) - Ino merupakan kawan Haruno Sakura yang pertama dan banyak membantu Sakura membentuk identiti diri, lalu mereka menjadi kawan baik. Tetapi apabila Sakura mula menyukai Uchiha Sasuke yang juga lelaki idaman Ino, dia telah menamatkan hubungan mereka dan menjadi musuh ketat semenjak hari itu untuk mendapatkan perhatian Sasuke. Namun tidak dihiraukan langsung oleh Sasuke. Pertarungannya dengan Sakura dalam Ujian kelayakan Chuunin menunjukkan kekuatan mereka setanding.
  • Nara Shikamaru (奈良シカマル) - Pada mulanya, Shikamaru merupakan ninja tahap rendah yang malas dan tetapi bijak. Dia berasal dari keluarga yang boleh memanipulasikan bayang. Teknik utamanya ialah "Kagemane no Jutsu" (Teknik Peniruan Bayang). Shikamaru ialah seorang ahli strategi yang bijak dan licik, dan sering bermain Go dan Shōgi dengan gurunya, Sarutobi Asuma tetapi Asuma tidak pernah menang. Asuma berasa pelik kerana markah ujian Shikamaru semasa Akedemi Ninja adalah amat rendah, sedangkan Shikamaru amat tangkas dalam permainan Go dan Shōgi. Justeru, Asuma telah memberi satu ujian IQ kepada Shikamaru, dan terkejut apabila keputusan ujian tersebut telah menunjukkan Shikamaru merupakan seorang genius dengan markah IQ melebihi 200. Hanya kerana Shikamaru malas menjawab soalan dan selalu tidur dalam ujian mahupun kelas, menyebabkan dia mendapat markah rendah dalam ujian. Shikamaru telah lama bersahabat dengan Akimichi Chōji. Kerjasama antara mereka tidak dapat ditandingi. Nyaris menewaskan Temari dalam Ujian Kelayakan Chuunin tetapi akibat kehabisan chakranya, dia telah mengaku kalah. Merupakan Genin pertama dijadikan Chuunin.
  • Akimichi Choji (秋道チョウジ) - Akimichi Chōji berasal dari puak Akimichi, salah satu dari empat puak penting di Kampung Daun. Sebagai seorang dari puak Akimichi, Choji telah mempelajari teknik rahsia puaknya, iaitu "Baika no Jutsu" ("Teknik Pelbagai Saiz"), dan teknik lain yang berkaitan. Dia dimotivasikan dengan makanan, dan benci apabila orang memanggilnya gemuk. Namum demikian, dia tidak menyembunyikan bahawa dia amat suka makan, dan juga memakai baju yang tertulis "makanan"
  • Rock Lee (ロック・リー) - merupakan pakar Taijutsu (teknik fizikal) seperti gurunya dan merupakan seorang yang gigih, tidak mudah putus asa dan sentiasa tersenyum. Oleh kerana tidak boleh mengunakan sebarang teknik ninjutsu (teknik ninja) ataupun genjutsu (teknik ilusi), dia sering diketawakan. Oleh itu, dia telah menumpukan sepenuh perhatian terhadap taijutsu (teknik fizikal) di bawah tunjuk ajar senseinya, Maito Gai. Melalui latihan, dia menjadi amat kuat dalam bidang taijutsu sehingga dibenarkan lulus dalam akedemi ninja. Menaruh hati kepada Sakura dan ingin meningkatkan kekuatannya supaya Sakura akan kagum dengannya. Tewas kepada Gaara semasa Ujian Kelayakan Chuunin dan mendapat kecederaan yang parah, tetapi dapat diselamatkan oleh Tsunade dengan risiko cacat seumur hidup. Meniru gaya senseinya dalam segala aspek. Juga merupakan pakar semula jadi dalam Tinju Mabuk, yang hanya akan terjadi apabila dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri atau mabuk. Pantang meminum arak kerana dia akan mengganas setelah meminumnya.
  • Hyuga Neji (日向ネジ) - berasal daripada puak Hyūga cawangan atau bawahan yang mahir dalam teknik Mata Putih (Byakugan) berbanding ahli puak cawangan lain. Abang sepupu kepada Hyuga Hinata. Digelar genius kerana rekod tidak pernah kalah melawan musuh, tetapi tewas di tangan Naruto semasa Ujian Kelayakan Chuunin. Seorang yang serius semasa latihan, pendendam dan ingin segala misi pasukan berjalan lancar.
  • Tenten (テンテン)- merupakan Gennin yang telah lulus akademi ninja setahun lebih awal dari Naruto dan rakan sepasukan Rock Lee dan Hyūga Neji. Dikatakan mempunyai ketepatan yang sempurna dalam melempar senjata ninja. Idolanya adalah Tsunade dan bercita-cita hendak menjadi ninja wanita yang setanding dengannya. Tewas kepada Temari dalam Ujian Kelayakan Chuunin.
  • Hyuga Hinata (日向ヒナタ) - seorang gadis yang amat pemalu (terutama dengan Naruto) dan pewaris pertama kepada keluarga utama Hyuga. Hinata merupakan pengguna taijutsu dari kumpulan 8 Yūhi Kurenai. Sebagai ahli keluarga Hyuga, dia mempunyai teknik Byakugan dan pakar dalam Jūken {Tumbukan Lembut}. Adik sepupu kepada Hyuga Neji. Menaruh hati terhadap Naruto dan seringkali pengsan apabila tersua dengan Naruto. Menjadikan Naruto sebagai idolanya kerana ketabahan dan keazaman Naruto yang tidak pernah padam walaupun dia disisihkan oleh orang kampung membuatkan Hinata mahu memajukan dirinya dan membentuk identiti dirinya sendiri. Ayat kegemarannya adalah ' Naruto!! ' (sambil tersipu-sipu).
  • Inuzuka Kiba (犬塚キバ) - amat mahir dalam teknik penguasaan anjing ninja dan mempunyai deria bau dan pendengaran yang sekuat anjing. Dia ditemani oleh anjing belaannya bernama Akamaru (赤丸). Seorang yang agak kasar namun penyayang dan amat mengambil berat akan keselamatan Akamaru dan rakan-rakannya. Tewas kepada Naruto dalam Ujian Kelayakan Chuunin kerana meremehkan kebolehan Naruto.
  • Aburame Shino (油女シノ) - mempunyai kebolehan untuk mengawal serangga. Seorang yang sensitif dengan persekitaran. Sentiasa memakai baju yang mempunyai hud yang tinggi dan bercermin mata, menambahkan kemisteriannya terutama kepada sesiapa yang tidak mengenalinya.
  • Gaara (我愛羅) - Merupakan anak ketiga dan termuda oleh Kazekage Ke-4, ketua Kampung Lindungan Pasir. Adik kepada Temari dan Kankuro. Merupakan perumah kepada 'Ichibi' (Musang Satu Ekor) atau Shukaku. Amat membenci ayahnya kerana cubaan membunuhnya semenjak kecil. Disisihkan oleh orang kampungnya kerana dianggap sebagai haiwan sial oleh penduduk kampung sepertimana yang dialami oleh Naruto. Akibat peristiwa yang mana dia nyaris dibunuh oleh bapa saudaranya sendiri, Gaara mula membenci orang di sekelilingnya dan hanya menyayangi dirinya sendiri. Mempunyai kebolehan menggunakan pasir secara menyeluruh kerana pengaruh kuasa Shukaku, memyebabkannya mampu membunuh lawannya dalam masa yang singkat sahaja. Pada permulaannya, dia adalah seorang yang dingin, dahagakan pembunuhan dan tidak menyayangi sesiapa pun. Namun, setelah bertarung dengan Naruto yang sanggup berkorban apa sahaja untuk menyelamatkan orang yang disayanginya dan membuktikan kewujudan dirinya, barulah dia menyedari kesilapannya dan berubah kepada seorang yang mengambil berat dan baik hati. Lantas, menjadikan Naruto sebagai idolanya dan menjadikan impian Naruto sebagai impiannya bersama, malah merasa amat terhutang budi dengannya. Dilantik menjadi Kazekage Ke-5, yang paling muda iaitu pada umur 15 tahun dan menjadi igauan anak gadis kampung kerana wajahnya yang sentiasa tenang dan kacak.
  • Temari (テマリ) - Anak perempuan kepada Kazekage Ke-4, Temari merupakan kakak dan rakan sepasukan Gaara dan Kankurō. Dia membawa satu kipas besi raksasa di belakangnya yang merupakan senjata utamanya. Pakar dalam pertempuran jarak jauh dan berteraskan angin. Telah menewaskan Ten Ten dengan mudah, tetapi tewas di tangan Shikamaru (yang mengaku kalah pada saat-saat genting) dalam Ujian Kelayakan Chuunin. Seorang yang tegas, agak sombong dan agak garang, namun lembut dan mengalah terutama dengan adik-adiknya.
  • Kankuro (カンクロウ) - Anak kedua kepada Kazekage Ke-4 yang amat mahir dalam mengawal boneka. Dia telah menyolekkan mukanya dengan solekan kabuki yang boleh ditukar sebanyak tiga kali. Bagi menunjukkan dia adalah dari golongan bangsawan, dia menggunakan warna ungu untuk menyolek mukanya. Seorang yang mudah naik angin, agak sombong dan tidak suka orang lain memandangnya dengan pandangan yang ganjil.
Lagu Tema

Pembukaan Naruto Musim Pertama
  1.  Rocks
  2. Haruka Kanata
  3. Kanashimi Wo Yasashisa Ni
  4. Go!!!
  5. Seishun Kyousoukyou
  6. No boy, No cry
  7. Namikaze Satellite
  8. Remember
  9. Yura Yura
Penutup

  1. Wind
  2. Harumonia
  3. Viva Rocks
  4. Alive
  5. Ima Made Nandomo
  6. Ryuusei
  7. Mountain a Go Go Too
  8. Hajimate Kimi to Shabetta
  9. Nakushita Kotoba
  10. Speed
  11. Soba ni Iru Kara
  12. Parade
  13. Yellow Moon
  14. Pinocchio
  15. Scenario
Pembukaan Naruto : Chronicles of the Wind Hurricane Musim Kedua

  1. Hero's Come Back!!!
  2. Distance
  3. Blue Bird
  4. Closer
  5. Hotaru No Hikari
  6. Sign
  7. Toumei Datta Sekai
Penutup

  1.   Nagareboshi
  2. Michi - To You All -
  3. Kimi Monotagari
  4. Mazemero! Yasei
  5. Sonao na Niji
  6. Broken Youth
  7. Long Kiss Goodbye
  8. Bacchikoi!!!
  9. Shinkokyuu
  10. My Answer
  11. Omae Dattanda
  12. For You
  13. Jitensha
Naruto Tribute
Naruto : Chronicles of the Wind Hurricane

Tiada ulasan: