Senangkanlah Hatimu*
"Kalau engkau kaya, senangkanlah hatimu! Kerana dihadapanmu terbentang kesempatan untuk mengerjakan segala yang sulit-sulit. Segala perbuatanmu dihargai orang, engkau peroleh pujian dimana-mana. Engkau menjadi mulia, tegakmu teguh. Di hadapanmu terhampar permaidani kepujian, sebab itu engkau peroleh kebebasan dan kemerdekaan. Jika engkau fakir miskin, senangkan pulalah hatimu!! Kerana engkau telah terlepas dari sesuatu penyakit jiwa, penyakit kesombongan yang selalu menimpa orang kaya. Senangkanlah hatimu kerana tidak ada orang yang akan hasad dengki kepada engkau lagi, lantaran kemiskinan kamu. Kefakiran dan kemiskinan adalah nikmat, yang tidak ada jalan bagi orang lain, kecil hati, dan tidak ada pintu kebencian.
Kalau engkau dermawan, senangkanlah hatimu!! Kerana dengan kedermawan engkau dapat mengisi tangan yang kosong, telah dapat menutup tubuh yang bertelanjang dan tegakkan orang yang hampir roboh. Dengan sebab itu, engkau telah menuruti perintah hatimu dan engkau peroleh bahagia;
- Berpuluh bahkan beratus makhluk ALLAH akan menghantarkan pujian daripada ALLAH lantaran pertolonganmu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan